Telemoji, Pek Emoji Tersuai, Menghadiahkan Telegram Premium, dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Telemoji, Pek Emoji Tersuai, Menghadiahkan Telegram Premium, dan Lagi

Pada bulan lepas, Telegram melangkaui 700 juta pengguna aktif dan memperkenalkan Premium Telegram Premium, membolehkan setiap pengguna menyokong pembangunan Telegram di samping mendapat akses kepada ciri tambahan eksklusif.

Kemaskini pada hari ini memperkenalkan Telemoji beranimasi dalam mesej dan kapsyen, pek emoji beranimasi, keupayaan untuk memberi Telegram Premium sebagai hadiah, aturan privasi baru untuk mesej suara – dan banyak lagi.

Memperkenalkan Telemoji

Emoji beranimasi Telegram berekspresif kini boleh dimasukkan ke dalam mesej teks dan kapsyen media, menambah lebih banyak lagi emosi ke bual anda. Pengguna Premium mempunyai akses ke 200 Telemoji – direka rapi dan dianimasikan oleh artis Telegram untuk menggandingkan ekspresi ke dalam saiz kecil.

Bila anda mula menaip mesej, butang Stiker Stiker akan bertukar ke butang Emoji Emoji yang akan membuka panel emoji direka semula – agar anda dapat secara pantas melayari pek emoji anda atau tambah yang baru.

Semua pengguna boleh guna mana-mana emoji beranimasi di bual Mesej Disimpan mereka untuk mencubanya – atau untuk menambah gaya ekstra kepada nota dan peringatan.

Premium Pek Emoji Tersuai

Pengguna Premium juga mempunyai akses kepada 10 pek emoji tersuai, setiap satu mengandungi berdozen emoji dengan watak unik – dengan jumlah sehingga 600 emoji Premium.

Semua pek akan termasuk cadangan emoji – taip perkataan ringkas seperti :smile (senyum) atau :lol (ketawa) dan anda akan dapat melihat keputusan carian dari seluruh librari. Menaip emoji statik juga akan tunjuk cadangan dari semua pek beranimasi anda.

Mana-mana watak yang anda pilih untuk luahkan perasaan anda, semua pengguna – Premium ataupun bukan – akan dapat melihatnya dalam mesej anda.

Emoji baru adalah jenis platform terbuka – sesiapa boleh muat naik pek tersuai dengan gaya lukisan dan watak unik.

Emoji Tersuai Interaktif

Banyak Telemoji popular dan yang bersamaan dengannya juga dalam mod interaktif bila dikirim di bual-1-dengan-1 – mana-mana pengguna boleh tekan untuk memutar secara segerak, dan kesan penuh skrin

Cuba dengan emosi seperti 😂😍😁😱❤️👍🎉 dan lagi – seperti 💸🔥👻.

Panel Baru Stiker, GIF dan Emoji di iOS

Panel stiker mempunyai wajah baru di iOS, dengan tab berasingan untuk stiker, GIF dan emoji – sama seperti di Android, aplikasi desktop dan web.

Di semua aplikasi, seksyen GIF kini mengandungi beribu GIF berkualiti tinggi dari filem dan pertunjukan kegemaran anda – terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan baru-baru ini.

Premium Aturan Privasi untuk Mesej Suara

Pengguna Premium mempunyai aturan baru yang membenarkan mereka untuk mengawal siapa yang boleh kirim mereka mesej suara dan mesej video – seperti Semua, Kenalan Saya, atau Tiada Siapa.

Aturan Privasi untuk Mesej Suara dan Video

Seperti aturan privasi lain, ianya juga menyokong pengecualian, jadi anda boleh pilih orang atau grup tertentu dari pengguna yang Tidak Boleh atau Sentiasa boleh kirim anda mesej suara.

Jika seseorang di senarai putih anda memilih masa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi secara lisan, anda sentiasa boleh tukar mesej suaranya ke teks.

Untuk mengubah aturan ini, sila ke Aturan > Privasi dan Sekuriti > Mesej Suara.

Menghadiahkan Telegram Premium

Anda kini boleh kongsi pengalaman Telegram Premium dengan rakan, famili dan teman kerja, dengan mengirim mereka langganan prabayar Telegram Premium untuk 3, 6 atau 12 bulan – dengan diskaun.

Buka profil pengguna dan tekan Menu iOS atau Menu Android dan pilih Hadiah Premium. Langganan hadiah akan segera tiba sebagai mesej istimewa di bual anda dengan pengguna tersebut – mengandungi kotak hadiah beranimasi.

Jika anda mengguna salah satu dari aplikasi desktop Telegram, atau muat turun aplikasi Android anda secara terus dari laman web kami, anda boleh guna bot seperti @PremiumBot untuk melanggan ke Telegram Premium atau menghadiahkan Telegram Premium kepada seseorang.

Soalan Lazim kini mempunyai seksyen khusus untuk Telegram Premium – di mana anda boleh pelajari bagaimana untuk mengurus langganan anda, apa ciri-ciri khas yang tersedia dan mengapa ianya membuat anda merasa hangat dan kabur.

Lagi Emoji Berinteraktif

Mencipta emoji interaktif dengan kesan skrin penuh adalah tradisi baik dan pada hari ini kami memperkenalkan 🍌🤨⚡️💔🏆😐. Kirim salah satu ke bual 1-dengan-1 untuk mendapat emoji beranimasi bersaiz besar yang memaparkan kesannya bila anda tekan padanya:

Emoji ini juga tersedia sebagai reaksi – buat masa ini, eksklusif untuk pelanggan Premium, namun mereka juga akan tersedia untuk semua pengguna tidak lama lagi.

Mana-mana pengguna boleh naikkan bilangan untuk reaksi eksklusif yang telah ditambah ke mesej oleh pelanggan Premium.

Dan itulah sahaja untuk hari ini. Nikmatilah baki Musim Panas / Sejuk sementara kami kembali ke gua bawah tanah kami – di mana ianya sentiasa selesa dan kemaskini Telegram seterusnya sudah pun kami mulakan.


10 Ogos 2022
Pasukan Telegram

Berita Lain

공개 게시글 검색, 스토리 앨범, 선물 컬렉션 등

오늘 업데이트에서는 텔레그램에서 공개 게시글에 대한 글로벌 검색 기능, 스토리를 앨범으로 정렬하고 선물을 컬렉션으로 정리, 새로운 스타일리시한 미니 앱을 통한 봇 관리 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2025

체크리스트, 추천 게시물 및 채널을 위한 추가 수익화 옵션

오늘 업데이트에서는 팀과 개인이 텔레그램을 떠나지 않고도 작업을 추적할 수 있도록 돕는 체크리스트가 도입되었습니다. 또한 추천 게시물 기능이 추가되어, 채널과의 파트너십 및 프로모션을 안전하고 쉽게 조직할 수 있으며, 크리에이터가 콘텐츠를 크라우드소싱하고 수익화할 수 있는 새로운 기회를 열어줍니다.
1 Jul 2025

채널용 다이렉트 메시지, 음성 트리밍, 주제 탭 및 HD 사진

오늘 업데이트에서는 사용자가 좋아하는 채널과 대화를 시작하는 새로운 방법, 주제를 더 효율적으로 탐색하는 기능, 음성 메시지를 보내기 전에 다듬는 기능, 더 높은 화질로 사진을 보내는 기능 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
3 Jun 2025

기프트 마켓플레이스, 여러 스토리 한 번에 게시, 채널 자동 번역

텔레그램의 두 번째 주요 업데이트가 단 7일 만에 출시되었습니다! 이제 새로운 마켓플레이스에서 수집용 선물을 안전하게 사고팔 수 있습니다. 스토리 에디터를 사용하면 여러 개의 스토리를 한 번에 게시하거나 긴 동영상을 여러 개의 스토리로 나눌 수 있습니다. 채널은 자동 번역을 활성화하여 모든 사용자가 자신의 언어로 게시물을…
8 Mei 2025