400 Juta Pengguna, 20,000 Stiker, Kuiz 2.0 dan €400K untuk Pencipta Kuiz Pembelajaran

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
400 Juta Pengguna, 20,000 stiker, Kuiz 2.0 dan €400K untuk Pencipta Kuiz

Telegram telah mencapai 400,000,000 pengguna bulanan, berbanding dengan 300 juta pada tahun yang lalu.

Setiap hari sekurang-kurangnya 1.5 juta pengguna baru berdaftar dengan Telegram. Ciri-ciri seperti folder, storan awan dan sokongan desktop menjadikan Telegram sesuai untuk kerja secara jauh dan belajar ketika perintah had pergerakan dan perintah berkurung di seluruh dunia sekarang ini. Tidak hairanlah mengapa Telegram adalah sebuah aplikasi media sosial nombor #1 yang dimuat turun di lebih dari 20 negara - orang ramai dari seluruh dunia kini bertukar ke Telegram dengan kadar yang sangat memberangsangkan.

Peningkatan Telegram dalam tempoh 7 tahun yang lalu.

Ketika kami menciptakan Telegram 7 tahun dahulu, kami berandaian bahawa pengguna akan sentiasa memilih kebebasan dan kualiti berbanding dengan penyekatan dan sesuatu yang hanya menjadi kebiasaan sahaja. Oleh kerana jurang perbezaan di antara Telegram dan pesaing tradisinya semakin rapat, kami merasakan andaian asal kami telah menjadi kenyataan. Terima kasih di atas kebijaksanaan dan semangat kebebasan kental anda.

Anda mungkin bertanya, apakah langkah kami seterusnya? Penyekatan global kini jelas menunjukkan keperluan untuk alat komunikasi video yang boleh dipercayai. Panggilan video tahun 2020 adalah umpama pengiriman mesej pada tahun 2013. Terdapat aplikasi yang samaada selamat atau boleh diguna, tetapi bukan kedua-duanya sekali. Kami ingin memperbaiki keadaan ini, dan kami akan terus fokus untuk membawa kepada anda panggilan video yang berkualiti dan bersekuriti tinggi dalam tahun 2020.

Bilakah ianya boleh digunakan? Anda merupakan orang pertama yang mengetahui apabila ianya siap. Oleh itu, jangan sangsi dan nantilah dengan penuh kesabaran. 😈

Kuiz Yang Lebih Baik

Kami telah menambah Mod Kuiz kepada Undian Telegram pada bulan Januari, membolehkan pengguna melentur otot trivia mereka. Dalam beberapa minggu yang lalu, kami melihat penaikan secara mendadak dalam ujian dan kuiz pembelajaran yang dicipta menggunakan @QuizBot. Naik taraf kali ini melibatkan kuiz beserta dengan ciri-ciri pembelajaran.

Anda kini boleh menambahkan keterangan yang muncul apabila pengguna menjawab soalan kuiz, membantu mereka belajar dari kesilapan mereka, atau memberi mereka konteks dengan yang lebih. Keterangan menjadikan kuiz Telegram sesuai bukan sahaja untuk menguji pengetahuan — tetapi juga untuk sebarkannya.

Sebagai contoh, cubalah ujian ringkas ini melalui Sejarah Telegram dan Ciri-cirinya.

Apabila anda mencipta kuiz melalui @QuizBot, anda boleh menetapkan pemasa untuk soalan. Pemasa akan menambah elemen yang kompetitif untuk kuiz Telegram, yang selalu diguna untuk penyediaan peperiksaan dalam kumpulan chat di kalangan pelajar. Dengan animasi berdetik yang baru, semua orang dapat melihat berapa banyak masa lagi yang tinggal.

€400,000 Untuk Pencipta Kuiz

Dengan 2 bilion pelajar yang belum dapat ke sekolah untuk belajar, dunia sangat memerlukan alat pembelajaran dalam talian. Kami ingin menyumbang untuk menyelesaikan masalah ini dengan membuat pangkalan data ujian pembelajaran untuk semua mata pelajaran dan peringkat. Untuk melakukannya, hari ini kami mengumumkan inisiatif sumber orang ramai di mana kami akan mengagihkan EUR 400,000 di kalangan pencipta ujian pembelajaran.

Untuk mengambil bahagian, sila guna @QuizBot untuk mencipta dan menerbit ujian pembelajaran yang asli dalam sebarang subjek di setiap paras kesulitan, dalam sebarang bahasa. Anda berhak untuk memilih dalam mana-mana aspek dari paras asas Sejarah Kesultanan Melaka dalam bahasa Inggeris hingga ke Mikrobiologi dalam bahasa Melayu - dan menambah media yang anda perlukan untuk soalan anda, tetapi pastikan hak cipta dipatuhi.

Kami akan menerbitkan kuiz yang anda hantar di direktori yang boleh dicari. Berdasarkan atas kualiti dan populariti kuiz tersebut kami akan umumkan pemenang dalam beberapa peringkat. Penghantaran untuk peringkat pertama akan berakhir pada 15 Mei.

Sila langgan channel @contest untuk menerima berita terkini mengenai pertandingan ini dan yang lain-lain. Pada tahun lepas sahaja, kami telah menghadiahkan sebanyak 2 Juta Euro dikalangan pemenang pertandingan yang kami adakan. 💰

20,000 Stiker

Sementara Telegram adalah tempat bagi pengguna untuk mendapatkan stiker semenjak ianya mula diperkenalkan, sehingga ke hari ini memang tiada cara mudah untuk melihat semua stiker yang canggih dalam masa yang sama. Kini kami memperkenalkan direktori stiker, dimana anda boleh melihat dan mencari lebih daripada 20,000 stiker Telegram bekualiti tinggi yang dicipta semenjak 5 tahun yang lalu.

Jika anda memerlukan set stiker yang tertentu, anda boleh mencari melalui carian, atau jika anda lebih suka melihat Muzium Sejarah Stiker, anda boleh skrol melalui senarai ataupun melihat dari tren hari ini ke Stiker Sapien yang pertama kali diciptakan di bumi ini.

Lampiran Baru di Android

Untuk Android, semua seksyen di menu lampiran kini boleh mengakses sebagai lapisan berkembang, menjadikan menu kelihatan canggih, cantik, dan mudah diguna. Juga, jangan lupa untuk mencuba ikon animasi yang amat comel.

Penambahbaikan MacOS

Pengguna Telegram untuk macOS kini boleh mengakses Media Dikongsi terus dari muka surat profil yang direka semula. Bagi mereka yang mempunyai banyak Folder akan meminati folder bar tepi baru dengan ikon yang bercorak sama dengan Telegram Desktop.

Untuk pengetahuan anda, gambar skrin ini dicipta dengan mengguna editor foto dalam aplikasi yang kini membolehkan anda untuk melukis atas gambar apabila mengirim atau menyunting:

Ciri terbaru macOS.

Sasaran Tepat

Untuk menemani 🎲 emoji beranimasi dari naik taraf terakhir, anda kini boleh cuba melontar dart beranimasi 🎯 dalam sebarang chat untuk melihat siapa yang dapat mengenai sasaran tengah.

Kami berharap anda gemar dengan penaikan taraf kali ini, hanya untuk anda, 400 juta pengguna setia Telegram.


Berita Lain

그룹을 위한 스토리와 8가지 추가 기능

텔레그램은 9가지 새로운 기능으로 그룹 내 대화를 전혀 다른 수준으로 끌어올려 다대다 커뮤니케이션을 재정의합니다. 이제 그룹은 스토리를 게시하고 그들의 프로필 페이지에 게시물로 저장할 수 있습니다. 그룹은 독특한 배경화면과 상태를 설정할 수 있으며, 그룹의 프로필 커버의 색상과 로고 또는 링크 스타일에 이르기까지 가장 세부적인…
29 Feb 2024

저장한 메시지 2.0, 일회용 음성 메시지 및 8가지 추가 기능

1월 동안, 저희는 텔레그램에 10가지 새로운 기능을 추가했습니다 – 업그레이드된 저장한 메시지, 재생 후 삭제되는 일회용 음성 및 영상 메시지, 언제 당신의 메시지가 읽혔는지를 보여주는 상세한 읽음 확인 등 포함하여 더 많은 기능들이 있습니다.
31 Jan 2024

다채로운 전화, 타노스 스냅 효과 및 대규모 봇 업데이트

텔레그램의 2023년 10번째 업데이트는 향상된 전화 기능을 추가하여 성능을 개선하고 배터리 소모를 적게시키는 다채로운 색상의 새로운 디자인 적용, 메시지 삭제시 적용되는 새로운 증발 효과, 그리고 텔레그램 역사상 가장 큰 봇 업데이트 등을 포함하고 있습니다.
31 Dis 2023

채널 외관, 스토리 게시 등

이번 텔레그램 크리스마스 업데이트에서 채널은 배경화면, 이모지 상태 및 프로필 로고를 설정할 수 있고, 사용자는 채널 메시지를 스토리에 재게시할 수 있으며, 텔레그램 프리미엄을 한 번에 여러 사람에게 제공할 수 있으며, 경품 행사에 추가 상품을 포함할 수 있습니다.
23 Dis 2023