Pemberian dalam Saluran dan Premium Percuma

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Pemberian dalam Saluran dan Premium Percuma

Pemilik saluran kini boleh melancarkan Pemberian untuk mengedarkan hadiah secara rawak kepada pengikut mereka. Ini sangatlah membantu jika anda ingin mempromosikan saluran anda, mendapatkan pelanggan baru atau memberi ganjaran kepada yang sedia ada.

Pemberian telah menjadi trend popular di media sosial buat setakat ini, tetapi sehingga kini adalah mustahil untuk mengaturnya dengan cepat dalam secara boleh disahkan dan telus. Kini Telegram mengubah semuanya. Telegram membolehkan berjuta-juta pengguna menerima hadiah seperti langganan Telegram Premium, dan Telegram akan menjamin bahawa pemenang dipilih secara adil.

Telegram Premium Percuma

Pemilik saluran boleh mencipta Pemberian dalam beberapa tekanan sahaja. Telegram akan secara rawak memilih pemenang berdasarkan peraturan yang mereka tetapkan – dan mengedarkan hadiah sewajarnya.

Pemenang bertuah akan menerima link dengan kod hadiah, yang boleh berfungsi sebagai verifikasi awam bahawa mereka telah menang. Setiap kod termasuk langganan percuma Telegram Premium, tetapi penganjur boleh menambahkan hadiah lain (seperti Teslas) untuk membuatnya lebih menarik.

Untuk mencubanya, Sertai Pemberian yang ditaja oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram sebelum 13 November. Jika anda sudah mempunyai Premium, anda masih boleh mengambil bahagian dan menang – dan sampaikan hadiah kepada sahabat handai.

Mendapat Tingkat

Selain mendapatkan pengikut baru, saluran secara automatik mendapat 4 tingkat untuk setiap langganan yang mereka berikan dalam pemberian. Tingkat ini tidak boleh diagihkan semula dan kekal bersama saluran sepanjang tempoh langganan dalam pemberian. Tingkat membantu saluran menaikkan tahap dan membuka stori, warna tersuai dan banyak lagi.

Melakukan Pemberian

Selain bilangan pemenang dan tempoh pemberian, penganjur boleh menentukan sama ada semua pelanggan atau hanya pelanggan baru yang layak – dan pilih negara tertentu atau memerlukan peserta melanggan saluran lain untuk menyertai.

Saluran boleh memulakan pemberian melalui Info Saluran > ⋮ atau
⋯ > Statistik > Tingkat > Dapatkan Tingkat melalui Hadiah
.

Membayar untuk Pemberian

Untuk memulakan pemberian, penganjur mestilah membayar terlebih dahulu untuk langganan Premium yang mereka ingin anugerahkan. Ini boleh dilakukan daripada mana-mana aplikasi Telegram, tetapi lebih berkemampuan melalui @PremiumBot atau Fragment.

App Store dan Google Play menghadkan saiz transaksi – dan juga @PremiumBot. Untuk pemberian berskala besar, Fragment membolehkan anda mengedarkan beribu langganan pada setiap kali.

Membayar untuk pemberian di Fragment

Anda boleh mengakses @PremiumBot daripada Telegram Web, Telegram Desktop atau versi langsung Telegram untuk Android.

Tambahan Tingkat untuk Pengguna

Mulai hari ini, setiap akaun Telegram Premium menerima lebih banyak tingkat sebagai sebahagian daripada langganannya. Pengguna yang membayar sendiri langganan mereka mempunyai 4 tingkat untuk dibahagikan di antara beberapa saluran – atau untuk memberi saluran tertentu berbilang tingkat.

Tambahan Tingkat untuk Pengguna

Jika anda menghadiah Premium kepada seseorang, mereka akan mendapat 1 tingkat dan anda akan mendapat 3 lagi untuk akaun anda sendiri. Jika anda memenangi Premium dalam pemberian, 4 tingkat anda secara automatik akan pergi ke saluran hos.

Itu sahaja untuk hari ini, kami akan kembali tidak lama lagi untuk memberi banyak lagi ciri baru untuk tingkatkan suasana musim terdekat.


6 November 2023
PasukanTelegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026