Media Tersembunyi, Kegunaan Storan Sifar, Alat Lukisan Baru, Gambar Profil untuk Kenalan Anda dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
 Memperkenalkan Media Tersembunyi, Kegunaan Storan Sifar, Alat Lukisan Baru, Gambar Profil untuk Kenalan Anda dan Lagi

Tiada siapa akan merindukan 2022, tetapi kemaskini ini menawarkan beberapa sebab sebagai ingatan manis untuk mengingatinya: media dengan kesan spoiler, cara baru untuk jimatkan ruang di peranti anda, alat lukisan baru, cadangan gambar profil, dan lagi.

Media Tersembunyi

Telegram menyokong pemformatan spoiler untuk sembunyikan mana-mana teks dalam mesej. Kini anda juga boleh menutup foto dan video dengan lapisan yang berkilauan yang mengabur imej. Ia juga akan membolehkan penerima mesej anda satu ketukan untuk pecahkan jampi dan lihat kandungannya.

Dalam menu lampiran, pilih satu item atau lebih, tekan Menu Android atau Menu iOS dan pilih Sembunyi dengan Spoiler.

Kegunaan Storan Sifar

Telegram boleh menggunakan hampir ke tahap tiada ruang pada peranti anda. Anda boleh padam media dan dokumen dari storan fon anda dan memuat turun semula mereka dari awan Telegram pada bila-bila masa. Untuk beberapa tahun, pengguna boleh set saiz kac maximum atau padam secara auto item yang tak diguna selepas tempoh tertentu.

Dengan kemaskini ini, anda boleh tambah aturan padam secara auto berlainan untuk media yang dikac dari Bual Peribadi, Grup, dan Saluran – dengan pengecualian untuk bual tertentu.

Carta Pai baru membantu memvisualisasikan apa yang mengambil ruang angkasa, dan tab khusus untuk Media, Fail dan Muzik membolehkan anda padam item terbesar dalam beberapa ketukan.

Di iOS, kami telah banyak mengurangkan masa yang diambil oleh aplikasi untuk mengira saiz kac anda. Pengguna Android bernasib baik – aplikasi mereka sudahpun mengira dengan kelajuan tinggi.

Semak opsyen baru di Aturan > Data dan Storan > Kegunaan Storan.

Alat Lukisan dan Teks

Editor media Telegram berkuasa tinggi telah direka semula. Alat lukisan secara dinamik menukar kelebaran berdasarkan pada kelajuan melukis dan secara automatik melicinkan garisan anda.

Kini terdapat alat mengabur baru untuk menyunting data sensitif (atau pengeboman foto) – dan 5 cara berketepatan tinggi untuk memilih warna, termasuk Eyedropper.

Bila menambah teks ke foto atau video, anda kini boleh juga menukar saiz, font, dan latar belakang. Menambah emoji beranimasi tersuai ke teks pada semua imej tersedia untuk semua pengguna, walaupun mereka tidak mempunyai langganan Telegram Premium.

Untuk menambah secara pantas bentuk seperti empat segi, bulatan, anak panah, bintang, dan buih bual, ketuk pada butang “+”. Anda juga boleh tekan lama pada permukaan untuk penuhkan kanvas dengan warna – atau untuk padam kesemuanya.

Di kemaskini akan datang, kami bercadang untuk memperhalusi lagi interfes editor media dan menambah baik prestasinya.

Gambar Profil untuk Kenalan Anda

Bila menyunting kenalan anda, anda boleh pilih gambar untuk mereka – hanya anda akan nampak di profil mereka.

Jika anda mempunyai gambar profil yang sesuai untuk kenalan anda, anda boleh cadangkannya kepada mereka. Ia akan mengambil mereka hanya dua langkah untuk tambahnya ke profil mereka.

Di kenalan, buka Profil > Sunting, kemudian pilih 'Set Foto untuk…' atau 'Saran Foto untuk…'.

Gambar Profil Awam

Jika anda hanya membenar setengah pengguna yang boleh lihat foto profil anda, anda boleh set gambar awam untuk pengguna lain.

Kemaskini ini membolehkan anda mencapai privasi terulung gambar profil: anda boleh set keterlihatan kepada 'Tiada siapa' dan tambah setengah pengguna atau grup sebagai pengecualian.

Aturan ini tersedia dalam Aturan > Privasi dan Sekuriti > Foto Profil.

Sembunyi Ahli Grup

Alatan seperti aturan Anti Spam Agresif membantu pentadbir bual mengurus grup besar dari spam – tetapi setengah grup juga ingin melindungi ahli mereka dari mesej peribadi yang tidak dingini.

Pentadbir grup dengan 100+ ahli kini boleh pilih untuk sembunyi senarai ahli di Aturan Grup . Dengan cara ini, jika mereka tidak mengirim mesej ke grup, hanya pentadbir akan tahu mereka berada dalam grup.

Menyembunyi Ahli Grup

Animasi Android

Animasi baru yang licik telah ditambah bila melompat ke balasan yang jauh dalam bual sibuk dan ke laman lain di sepanjang aplikasi.

Emoji Beranimasi Baru Premium

Pengguna Premium mendapat 10 pek baru emoji beranimasi tersuai sebagai hadiah dari artis Telegram.

Temui pek ini dan lagi di Emoji tab emoji Stiker panel stiker anda.

Lagi Emoji Interaktif

Kami terus mengembangkan dunia emoji interaktif kami. Untuk menonton kesan skrin penuh disegerakkan dengan pasangan bual anda, kirim satu 🎅🎄☃️💅🗿🆒🤪 dalam mana-mana bual 1-dengan-1 dan ketuk padanya.

Semua emoji ini kini boleh diguna sebagai reaksi — muka Messi sudah pasti amat berkesan untuk melambai 2022, Selamat Tinggal.

Tajuk untuk Grup Tanpa Mengira Saiz

Tajuk kini tersedia dalam semua grup, tanpa mengira saiz – memberi semua cara baru untuk menyusun diskusi.


Dan itu sahaja untuk hari ini. Kami terfikir untuk menambah satu lagi di bulan Disember ini tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk bercuti bulan ini, dalam beberapa hari yang masih tinggal.


30 Disember 2022
Pasukan Telegram

Berita Lain

그룹을 위한 스토리와 8가지 추가 기능

텔레그램은 9가지 새로운 기능으로 그룹 내 대화를 전혀 다른 수준으로 끌어올려 다대다 커뮤니케이션을 재정의합니다. 이제 그룹은 스토리를 게시하고 그들의 프로필 페이지에 게시물로 저장할 수 있습니다. 그룹은 독특한 배경화면과 상태를 설정할 수 있으며, 그룹의 프로필 커버의 색상과 로고 또는 링크 스타일에 이르기까지 가장 세부적인…
29 Feb 2024

저장한 메시지 2.0, 일회용 음성 메시지 및 8가지 추가 기능

1월 동안, 저희는 텔레그램에 10가지 새로운 기능을 추가했습니다 – 업그레이드된 저장한 메시지, 재생 후 삭제되는 일회용 음성 및 영상 메시지, 언제 당신의 메시지가 읽혔는지를 보여주는 상세한 읽음 확인 등 포함하여 더 많은 기능들이 있습니다.
31 Jan 2024

다채로운 전화, 타노스 스냅 효과 및 대규모 봇 업데이트

텔레그램의 2023년 10번째 업데이트는 향상된 전화 기능을 추가하여 성능을 개선하고 배터리 소모를 적게시키는 다채로운 색상의 새로운 디자인 적용, 메시지 삭제시 적용되는 새로운 증발 효과, 그리고 텔레그램 역사상 가장 큰 봇 업데이트 등을 포함하고 있습니다.
31 Dis 2023

채널 외관, 스토리 게시 등

이번 텔레그램 크리스마스 업데이트에서 채널은 배경화면, 이모지 상태 및 프로필 로고를 설정할 수 있고, 사용자는 채널 메시지를 스토리에 재게시할 수 있으며, 텔레그램 프리미엄을 한 번에 여러 사람에게 제공할 수 있으며, 경품 행사에 추가 상품을 포함할 수 있습니다.
23 Dis 2023