Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris

Dalam kemaskini hari ini, kami menambah tag untuk bantu ahli grup menunjukkan siapa mereka, satu tetapan untuk nyahdaya perkongsian mesej dalam bual 1-lawan-1 tertentu, penyuntingan GIF dan kapsyen, alat baru untuk daftar dan log masuk ke aplikasi dan laman web dengan Telegram — dan banyak lagi.
Ahli dalam bual grup kini boleh tambah tag di sebelah nama mereka — untuk menunjukkan peranan mereka di tempat kerja, apa yang mereka pelajari di sekolah, dan banyak lagi. Ini membantu anda memperkenalkan diri dalam bual kejiranan atau menonjolkan minat anda dalam komuniti di talian.
Pentadbir boleh pilih sama ada ahli grup boleh menetapkan tag mereka sendiri atau jika hanya pentadbir yang boleh menetapkannya. Tag ahli bagi pentadbir grup sentiasa dipaparkan dalam warna yang berbeza bagi menjelaskan peranan mereka.
Untuk benarkan ahli mengeset tag mereka dalam grup anda, pergi ke Tetapan Grup > Permisi dan hidupkan 'Sunting Tag Sendiri'.
Pada tahun 2021, Telegram telah menambah tetapan perlindungan konten untuk grup dan saluran, yang membantu komuniti dan pencipta konten menjadikan pos mereka lebih eksklusif.
Dengan kemaskini hari ini, pengguna kini boleh nyahdaya perkongsian dalam mana-mana bual 1-dengan-1 untuk memupuk suasana saling mempercayai. Ini menyekat pemajuan mesej dan menghalang ambil gambar skrin atau menyimpan media dari bual.
Untuk nyahdaya perkongsian dalam bual, buka profil pengguna, tekan ⋯ atau ⋮ dan pilih 'Nyahdaya Berkongsi'. Ciri ini kini tersedia untuk pengguna Telegram Premium.
Apabila memilih GIF di panel GIF, anda kini boleh menambah kapsyen secara terus padanya — dan menghantarnya semua sebagai satu mesej. Sama seperti dengan media lain, kapsyen anda boleh diletakkan di atas atau di bawah GIF untuk meme yang diformat dengan sempurna.
Untuk tambah kapsyen, tekan lama di panel GIF dan pilih 'Tambah Kapsyen'.
Foto yang anda buka dalam paparan media kini boleh ditukar kepada stiker hanya dengan satu tekan. Stiker ini boleh disunting untuk potong objek, tambah teks dan emoji, dan banyak lagi sebelum dikirim.
Stiker yang anda cipta boleh disimpan ke kegemaran anda atau ditambah ke pek stiker.
GIF dan stiker dari panel kini boleh disunting dalam penyunting media berkuasa Telegram — untuk tambah teks, lukisan dan emoji, atau untuk trim GIF dan tukar panjangnya.
Untuk sunting GIF atau stiker dalam panel, tekan lama dan pilih 'Sunting'.
Undian dengan undian yang boleh dilihat kini memapar cap waktu untuk setiap pengguna yang mengundi, supaya peserta dapat melihat bila setiap undian dibuat.
Tahun lepas kami telah berikan bot AI keupayaan untuk menstrim teks semasa mereka menjana respon. Dengan kemaskini hari ini, setiap bot di Telegram boleh dayakan ciri ini — untuk balasan yang memuaskan yang akan diskrol merentasi skrin.
Kini anda boleh guna akaun Telegram anda untuk daftar dan log masuk ke aplikasi dan laman web hanya dengan beberapa tekanan — tanpa perlu mengisi borang atau mencipta kata laluan.
Anda boleh kongsi nombor telefon anda untuk elak langkah verifikasi tambahan. Anda juga boleh benarkan pembekal servis hantar mesej kepada anda di Telegram untuk notifikasi yang lebih mudah.
Juruprogram boleh dapatkan maklumat lanjut tentang cara mengintegrasikan Log Masuk Dengan Telegram dalam panduan terperinci ini.
Anda boleh guna pilihan pemformatan 'Tarikh' yang baru untuk hantar masa dan tarikh tertentu dalam mesej. Penerima boleh menekannya untuk tambah acara ke dalam kalendar mereka atau setkan peringatan pantas.
Pemformatan tarikh disuaikan secara automatik kepada tarikh dan masa tempatan bagi setiap penerima — jadi tiada siapa yang perlu lagi melakukan pengiraan zon waktu.
Mesej daripada bot juga boleh guna pembolehubah masa dinamik untuk beri pengguna tarikh dan masa yang tepat dalam mesej, yang disesuaikan dengan zon waktu mereka.
Untuk semua kemaskini terkini pada Telegram Bot API, sila semak log perubahan terkini.
Selamat datang kepada Mac. Kemaskini musim bunga akan disediakan nanti! ![]()
![]()
![]()
1 Mac 2026
Pasukan Telegram