Profil Saya, Saluran Disyorkan, dan 15 Ciri Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Profil Saya, Saluran Disyorkan, dan 15 Ciri Lagi

Bulan ini kami telah menambah lebih daripada 15 ciri baru, termasuk saluran yang disyorkan, cara untuk melihat profil diri anda dan memaparkan saluran dan hari lahir anda di laman profil, alat moderasi yang dipertingkatkan untuk pentadbir grup – dan banyak lagi.

Saluran Disyorkan

Interfes carian mempunyai tab ’Saluran' baru yang menunjukkan saluran yang anda ikuti. Tab ini juga mempunyai senarai saluran yang disyorkan dengan topik serupa di mana anda boleh menemui pencipta konten baru.

Apabila melihat pos dari saluran, anda boleh tarik ke atas untuk meloncat ke saluran belum dibaca berikut dalam senarai anda. Selepas meloncat melalui semua saluran anda, anda boleh terus skrol ke melayari saluran yang disyorkan.

Pengesyoran saluran hanya berdasarkan topik umum saluran yang telah anda langgan. Jadi apa-apa dominasi jenis sayur-sayuran atau buah-buahan tertentu adalah sepenuhnya penentuan anda.

Profil Saya

Aturan anda kini mempunyai bahagian 'Profil Saya' yang membolehkan anda melihat profil anda seperti yang kelihatan oleh pengguna lain – dan menyunting atau menukar sebarang maklumat dengan cepat.

Anda kini boleh semat sehingga 3 stori ke bahagian atas laman profil anda – untuk mempamirkan pencapaian anda atau memastikan tiada siapa yang merindui kucing berpakaian kot yang anda temui dalam lif.

Kami juga telah menambah ikon kecil yang memaparkan aturan privasi stori anda yang dipos, supaya anda boleh melihat dengan cepat jika ia memerlukan pelarasan.

Hari Lahir

Sesiapa sahaja boleh memilih untuk tambah hari lahir pada profil mereka – memberitahu semua kenalan mereka bila hendak membawa hadiah. Pada hari lahir anda, sesiapa sahaja yang melawat profil anda akan disambut dengan konfeti animasi dan belon yang banyak.

Apabila tiba hari lahir orang lain, sepanduk muncul dalam senarai bual anda – jadi anda tidak akan lupa untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. Jangan risau jika anda terlupa untuk membeli hadiah, anda boleh tekan sepanduk untuk menghantar langganan Telegram Premium dengan pantas kepada mereka.

Pada paras asal, tarikh lahir anda hanya dapat dilihat oleh kenalan anda. Seperti informasi lain di profil anda, hari lahir mempunyai aturan privasi terperinci di mana anda boleh kawal melalui Aturan > Privasi dan Sekuriti > Tarikh Lahir.

Saluran pada profil Anda

Jika anda memiliki saluran, anda kini boleh menambahnya ke laman profil anda. Ini meletakkan pratonton terperinci pos terbaru di bahagian atas bio anda – mengundang pelawat ke projek peribadi anda, portfolio di talian atau blog syarikat dengan satu tekan.

Saluran pada profil Anda

Koleksi pada Profil Anda

Pemilik koleksi nama samaran boleh dilink ke akaun Telegram atau saluran mereka – menyenaraikan nama ekstra di laman profil.

Menekan koleksi nama samaran atau nombor tanpa nama pada profil seseorang kini menarik keluar info ekstra mengenai koleksi – seperti bila ianya dibeli dan dengan harga berapa.

Koleksi pada Profil Anda

Koleksi boleh dibeli dan dijual di platform Fragment, yang mengguna platform, rantaian blok TON.

Kongsi Lokasi Selama-lamanya

Bila berjumpa rakan atau melakukan perjalanan, anda boleh kongsi lokasi langsung anda dengan pengguna individu atau keseluruhan bual grup. Ini membolehkan orang lain menjejaki perjalanan anda – malah mengeset peringatan bila anda tiba.

Kini anda boleh panjangkan lagi masa ke perkongsian lokasi sedia ada. Dan jika anda ingin rakan dan famili menjejaki pergerakan anda untuk penambahan suatu tempoh masa, terdapat opsyen baru untuk kongsi lokasi anda dengan mereka untuk tempoh yang diingini, sehingga anda menutupnya.

Untuk mula perkongsian lokasi anda, buka menu lampiran dalam bual peribadi atau grup dan pilih Lokasi > Kongsi Lokasi Langsung saya untuk….

Aturan Notifikasi Reaksi

Kami telah menambah aturan baru yang akan membolehkan anda kawal notifikasi untuk reaksi kepada mesej anda.

Aturan Notifikasi Reaksi

Kemaskini ini juga memperkenalkan notifikasi mengenai reaksi terhadap stori anda, agar anda tidak lagi akan terlepas jantung. (Atau api. Atau ibu jari ke atas. Atau… burung merpati? Apa pun maksudnya!)

Aturan baru ada tersedia di Aturan > Notifikasi dan Bunyi > Reaksi.

Gambar Profil dalam Mesej Dimajukan

Mesej dimajukan kini memapar gambar profil pengguna dari mana mereka dimajukan. Ini membolehkan mereka lebih dikenali dalam bual – dan membuatnya lebih mudah untuk dibaca perbualan yang dimajukan dan melibatkan beberapa pengarang.

Gambar Profil dalam Mesej Dimajukan

Jika anda hadkan siapa yang boleh link ke akaun anda bila memajukan, gambar profil anda tidak akan dipaparkan pada mesej yang dimajukan dari anda.

Panduan: Di Telegram, anda boleh set foto publik berlainan yang akan dipaparkan kepada pengguna yang anda tidak kenal.

Premium: Emoji Beranimasi dalam Undian

Pengguna Premium kini boleh memasukkan animasi dan emoji tersuai dalam tinjauan pendapat. Akhirnya, demokrasi boleh membantu memutuskan sama ada itik animasi lebih baik daripada kucing.

Moderasi Massa untuk Grup

Pentadbir grup kini boleh pilih beberapa mesej dan lakukan tindakan moderasi pelbagai dalam masa yang sama – di menu baru dengan togel tersendiri untuk setiap pengguna dan tindakan untuk memaximakan kecekapan.

Menu juga ada opsyen untuk hadkan permisi pengguna tanpa melarang mereka dari komuniti dengan kadar segera.

Pentadbir grup dengan ahli melebihi 200 juga boleh dayakan penapisan spam agresif untuk secara automatik mengesan dan menghadkan pengguna bermasalah dalam bual mereka.

Penambahbaikan Tindakan Terbaru

Seksyen Tindakan Terbaru membolehkan pentadbir grup melihat perkara penting yang berlaku dalam bual bagi tempoh 48 jam terakhir, seperti mesej dihapus atau disunting dan aktiviti pentadbir.

Dengan kemaskini ini, tindakan terbaru kini adalah lebih padat, dengan tindakan serupa oleh pentadbir yang sama dikumpul di satu tempat.

Penambahbaikan Tindakan Terbaru

Kami juga memperbetulkan penonjolan teks bila anda cari tindakan terbaru – kini ia berfungsi seperti anda mencari dalam bual Telegram biasa.

Pengurusan Reaksi untuk Saluran

Pentadbir saluran kini mempunyai cara ekstra untuk urus reaksi – memilih nombor maxima jenis reaksi setiap pos boleh lakukan untuk kelihatan lebih rapi.

Ini membolehkan saluran menukar secara kerap reaksi yang ada pada mereka (seperti menambah sesuatu relevan untuk percutian), tanpa kemunculan beberapa belon hari jadi yang sudah digunakan untuk pos sebelumnya.

Premium: Menyorok Iklan

Di paras asal, melanggani Telegram Premium menyorok iklan dalam saluran. Jika anda ingin melihat mereka – samada untuk semak iklan anda sendiri atau membantu saluran mengumpul ganjaran, terdapat togel baru untuk tunjuk mesej ditaja di Aturan > Telegram Bisnes.

Menyorok Iklan

Premium: Membuka Stori Tanpa Nama

Ketika menonton stori, pengguna Premium boleh mengaktifkan Mod Ghaib di menu stori untuk menyorok lihat terbaru mereka dan terus menyorok lihatan untuk 25 minit berikutnya.

Kini anda juga boleh aktifkan Mod Ghaib dari senarai bual – sekadar tekan lama pada stori dalam input anda dan pilih 'Tonton Tanpa Nama'. Ini akan membuka stori tapa menambah anda ke senarai penonton walaupun anda menontonnya hanya sesaat, dan juga membuka Mod Ghaib.

Membuka Stori Tanpa Nama

Leret untuk Topik Berikut

Bila melayari grup yang mempunyai topik didayakan, anda boleh tarik ke atas di bahagian bawah bual untuk pergi ke topik belum dibaca berikut.

Leret untuk Topik Berikut

Paparan Segera di Telegram Desktop

Platform pelbagai apl Desktop kini menyokong Paparan Segera untuk laman web – membuka laman dan kesemua medianya secara terus dalam aplikasi anda dengan tempoh muat naik – kosong saat.

Paparan Segera di Telegram Desktop

Jika anda menemui ralat pada laman Paparan Segera, skrol ke bawah dan tekan 'Tata Letak Salah' untuk kirim maklum balas kepada kami.

Ganjaran untuk Pencipta

Sistem ganjaran baru telah diluncurkan untuk pemilik saluran – berkongsi 50% hasil dari pengiklanan yang dipapar di saluran mereka. Pengeluaran di Fragment kini telah tersedia untuk saluran yang layak – tanpa apa-apa yuran.

Pengguna boleh mempromosikan saluran atau bot mereka dengan mencipta mesej ditaja di Platform Iklan Telegram – dikuasai oleh rantaian blok TON.

900 Juta Pengguna

Telegram terus menjadi salah satu dari aplikasi yang paling diguna dan dimuat turun di dunia – dan kini mempunyai lebih dari 900 juta pengguna aktif bulanan. Untuk membaca lagi tentang tonggak pencapaian ini dan apa yang mendatang di masa depan untuk Telegram, sila lihat pos oleh CEO dan pengasas kami.


25 April 2024
Pasukan Telegram